Saturday, October 24, 2015

Politik & Perniagaan

Saya bermula hanya dengan anak seorang ahli politik. Melalui zaman politik jatuh bangan ayah membuatkan saya kenal politik. Namun diri sendiri seorang ahli perniagaan dari azali. Memulakan perniagaan sebagai seorang anak ahli politik agak bagus kerana ramai yang mengenali. Tapi untuk mengekalkan perniagaan dilandasan yang baik memerlukan kecekalan dan ketabahan.
Saya bukanlah seorang yang bagus dan berbakat. Saya masih belajar dan mesti belajar. Namun setelah mempunyai anak saya selalu memikirkan masa depan anak bangsa dan pada saya hanya politik sahaja kuasa yang masih tinggal untuk menjamin masa depan. Saya mengambil keputusan untuk berbakti dalam politik dan menawarkan diri memegang jawatan dengan bertanding...
Menjadi seorang pemimpin kerdil bukanlah suatu yang mudah. Pelbagai halangan dan tomahan yang datang jua pergi. Hati budi teman-teman juga semakin kita kenali. Ada yang membusuk ada juga yang baik hati nurani. Semua itu saya kutip satu satu satu. Perasaan takut mula menebal. Bimbang seandainya tersalah haluan.
Setelah bersama dalam kancah yang serius ini saya belum mencapai keputusan ke mana hala tujuan saya. Adakah masih di sini atau kembali seperti saya yang asalnya.

No comments: