Friday, December 7, 2012

Assalamualaikum...

Oh Sungguh saya sangat merindui blog dan ruang saya berkarya dengan seni kehidupan saya. Saya rindu. Kali terakhir saya berkongsi pada 7 Jun 2011. Lama! Setelah mencurah pendapat dan berkongsi pelbagai coretan selama 6 tahun saya mengambil keputusan untuk berhenti menulis blog. Saya keliru bagaimana untuk kembali menulis blog.
Oleh itu menjadi diri sendiri adalah yang terbaik. Walaupun saya sendiri hampir tidak mengenali diri saya yang dulu apabila saya membaca entri2 lalu namun saya percaya siapa saya sekarang adalah lebih baik dari sebelumnya, Insyaallah.
Semestinya ada yang suka dan ada yang benci bila saya kembali menulis. Tapi apabila membaca komen2 yang meminta saya kembali menulis blog saya rasa sangat gembira.Terima kasih sbb korang buat saya rasa seronok untuk menulis.
Tiada yang menarik dengan kehidupan saya sekarang tapi saya akan cuba menulis dan menulis lagi. Semoga kehidupan mendatang menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.Ahhhhh formal pulak penulisan saya ni.
Heheheh mari kita jangan ketat2 n formal sgt. Tak ada apa pun.
So korang bagi ar idea apa nak sy tulis lepas ni ek? Tentang anak? Atau kehidupan saya yg tak best ni? Atau ermmmmm pendapat saya? Penting ke?
Tak tau la ek...
Ahhhh lega dapat tulis balik kat sini.

No comments: