Monday, May 30, 2011

Terhina...

Salam... Sini nak cerita sikit kisah restoran ikea yg kena samak baru2 ni. Terkejut saya rupanya ni dah kali kedua. Ada ba alep ba ya dlm food? Geli nak termuntah. Macam mana boleh terlepas pandang mcm tu? Sbg Muslim saya rasa terhina sangat.

Ramai yg menyalahkan Jakim. Yap i do feel the same. Tak cukup kakitangan agaknya. Tapi bila dah jadi mcm ni kenapa tak tarik je lesen perniagaan? Kenapa bole bukak balik lepas dua kali menghina org Muslim? Saya tak paham. Sbb BIG Whale punya company ke? Cuba kalau kedai kopi kecik2 yg buat salah mmg dah lama dah mkn asap. Tarik je la lesen halal ke at least.Ntah lah. Tak paham betul.

Tapi tu satu hal. Mcm mana pulak org kita? Tekak berlubang ke? Tak rasa sensitif langsung ke? Kenapa bila bukak balik je ramai pulak org kita pegi jamu selera. Ok ke? Kenapa tak boikot je? Kalau kedai Melayu wat salah bukan main lagi boikot tp kalau org lain kita ni cepat sgt memaafkan. Pelik pelik pelik!

No comments: