Monday, April 11, 2011

Perkahwinan dan zuriat

Selagi bernyawa…

Selagi itu lah hidup kita jadi tumpuan org. Bertanya kenapa mengapa bila dan bila lepas tanya bila tanya kenapa sbb apa. Lepas bg jawapan tanya lagi betul ke? Begitulah rutin. Tambah2 kalau kita agak dikenali lagi byk2 lah soalan2 yg bakal kita berdepan.
Oleh itu, buat teman saya Annur Najwa…
Memang adakala saya terfikir betapa dangkalnya org yg bertanya kenapa tak de org yg mahukan Najwa sbb sampai hari ni dia belum kawin2 lagi… Erm! Hanya mampu senyum sinis setiap kali org membuat andaian yg tak masuk akal. Ahhhhhhhh! Kalau setakat mau menamatkan zaman bujang bila2 masa pun Najwa boleh… VVVVIP? Kerabat ? Korporat? Dato? Tua? Muda? Terlalu ramai yg mendampingi dan tak kurang yg meminta saya tlg aturkan hubungan dgn Najwa. Tapi PERKAHWINAN bukanlah satu perkataan semata2. Ia soal dua hati. Mmg cliché je bunyi nya. Tapi saya selalu igtkan Najwa, janganlah kawin hanya kerana bosan dgn org sekeliling tapi kawin sbb HATI berkata sudah tiba masanya dan HATI berkata dialah org nya…


Cuba korang lihat betul2 kawan saya ni… Ada rupa mcm org desperate nak kawin? Ada rupa mcm org tak laku ke? Ada rupa mcm tak de lelaki suka kat dia ke? Huh! Saya tak adalah nk angkat n lambung kawan baik saya ni. Tak delah nak ckp dia cantik atau hebat… Dia hanyalah insan biasa yg punya hati yg baik dan istimewa bagi saya. Hanya kami saja tau dgn siapa kami berkawan dan dimana kami berada. Jadi pada mereka yg tak kenal siapa dia jgnlah membuat andaian yg selalu menyinggung perasan keluarga dan juga tuan punya diri.
Bertambah lagi soalan jelek bila Najwa selalu bersama Balqish. Mmg kami selalu berikrar kami akan berkongsi kasih sayang dengan insan2 sekeliling dan berdoa ia akan selamanya begitu.


Lihatlah Najwa dan Balqish. Saya tidak kekok membiarkan Balqish dijaga Najwa sbb dia pun menyayangi Balqish sepertimana saya. Itu pun jadi isu membuatkan kami berasa tidak selesa. Salahkah menyayangi anak org lain jika kita tidak mempunya anak. Kalau dulu sebelum saya punya anak saya selalu membawa anak buah saya bersama saya… Adakah ia satu kesalahan menyayangi dan mengasihi anak org lain? Adakah org yang tak punya zuriat tak tau rasa sayang ke? Salah ke Najwa menyayangi Blaqish? Adakah ia suatu dosa? Atau semestinya punya anak sendiri baru seseorang tu mengerti tentang kasih sayang dan menyayangi seseorang bernama ANAK? Sebab sebelum punya anak pun saya memang sgt menyayangi anak buah saya dan sampai hari ni masih serupa.


Saya pasti ramai yg berkata… Ignore je semua yg diperkata org tu… Tapi kalau sekali sekala ok lah tapi kalau dah selalu naik mual n muak pulak rasanya.

8 comments:

Axie04 said...

SANGAT CANTIK KAWAN U

Anonymous said...

Ya Allah, cantik sungguh najwa.. skincare apa yg dia guna?
Buat apa nak berkahwin hanya unt menutup mulut2 org? mereka xkan berhenti berkata2 walopun najwa berkahwin, beranak..

RozSyah said...

Biasa la ina..aku pun dh jemu dgn segala andaian dan kata org..rasa mcm xnak duk malaysia lagi pun ada...huhu..

isma said...

ya Allah cantik gila najwa dalam ni.Glowing!!
Even umur saya baru je 26,tapi banyak mulut dah bunyik suruh kawen.Bingit rasanya.Kalau sekali dua takpe,ni hampir tiap2 hari.Kadang2 kekuatan pun tercabar.I lebih selesa macam ni and jadikan sepupu yg kecik tu cam my own kid.Itu pun dah cukup membahagiakan jiwa I yang nak anak but belum sampai masanya :)

ceera said...

sy pun selalu cakap kat kiki benda yang sama, =)

Anonymous said...

i hope najwa will be more stronger with days goes by. we don't need to satisfied everybody as long as we happy. As for me even my age turns 40, i still single .... its hard when discuss about "jodoh" ... only ALLAH knows the best for each of us. Just keep positive minds ...... coz there are strings of obstacle in our life, its just how we overcome with it.....

Mrs.R @ Emi said...

kak najwa is sooo beautiful yet so kind..rendah diri sume...kenal dr sekolah rendah lg n kami ada la bau2 bacang gittew..
biarla apa org nk ckp, asalkan akak n k.najwa bahagiaa sokmoooo :)

Arlina Rosli said...

axie: tq yang

anon: skin care redglow. betulkan... sampai bila2.

miah:tu ar. aku pun tension. ano aku xtau ar tara mana geram dia.

isma: tq. mulut org ni kdg2 kita xpaham. sbb kita x simply throw bahasa kurg best kt org lain.

ceera: i feel u!

anon: tu ar. rezeki org lain2 kan.

emi: sure she is.