Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun

Ya Allah. Angin dingin bagaikan menampar pipi saya semalam. Saya terkejut dan takut. Macam2 datang di benak saya. Sekelip mata air itu menyapu tanah pinggiran pantai. Semua tu menginsafkan saya. Kalau nak jadi sekejap je boleh jadi. Teringat saya beberapa tahun dulu saya dan kawan UiTM pegi ke Kedah bantu mangsa Tsunami kat sana. Segala2 nya kembali segar dan bau kurang enak kawasan yg dilanda Tsunami tu kembali menerjah ruang ingatan.
Bagaimana keadaan student2 ayah saya kat sana? Bekalan letrik terputus? Bagaimana bayi dan anak kecil nak berdepan dengan kesejukan? Ketakutan menggila. Di tambahkan lagi dengan amaran yg dikeluarkan pihak berkuasa di kawasan perairan pantai di kampung halaman saya. Saya mau pulang. Pulang ke pangkuan keluarga.
Andai perkara buruk terjadi saya mau bersama2 keluarga saya. Menghadapi semua tu bersama2. Sekurang2nya kami ada satu sama lain.
Pagi ni keadaan kembali reda. Matahari menyimbah setiap ruang pagi saya. Dan saya ingin bersama keluarga saya. :-(

No comments: