Friday, December 31, 2010

Berakhirlah 2010

Dan kini berlabuhlah tirai 2010... Tahun yg paling besar dan memberi kesan yg sangat dalam pada saya. Saya menjadi seorang ibu kepada Balqish. Keluarga besar saya kini bertambah besar dengan kehadiran Balqish begitu juga dgn keluarga bisnes saya. Alhamdulillah.
Sewaktu menaip entry ini saya berasa sgt sebak mengenangkan apa yg dilalui sepanjang tahun. Pasti ada yg suka sudah tentu juga ada airmata. Saya berharap kenangan pahit manis tahun ini menjadikan saya lebih matang dan tabah menghadapi masa akan datang Ameen!
Bermula Januari tahun ni, saya mendapat berita paling gembira iaitu saya telah hamil. Saya mengurangkan aktiviti kerja hampir sepanjang tempoh kehamilan. Walaupun masih monitor dari rumah namun saya boleh dikategorikan tidak bekerja spjg tempoh itu. Saya telah menghabiskan masa di kampung saya selama lebih 3 bulan dari ogos hingga oktober dan itu merupakan tempoh paling lama saya berada di Dungun sepanjang 9 tahun kebelakangan ini.
Semuanya lebih bermakna bila saya melahirkan seorang baby yg sgt manja bernama Balqish. Sehingga hari ni saya seperti bermimpi punya Balqish...

No comments: