Wednesday, November 24, 2010

Hati Busuk

Sejauh mana kita kenal dengan diri sendiri? Mari kita kenal siapa kita. Saya selalu di ingatkan oleh mak ayah saya... Apa2 pun yang kita buat jangan ada perasaan iri hati dengki apa lagi hati busuk. Alhamdulillah setakat ni dalam sedar kalau ada pun perasaan cemburu dalam diri saya tu hanya lah dari sudut positif. Contohnya kalau tgk org berjaya saya pun ingin berjaya... Kalau nampak org pakai kereta besar saya tumpang gembira dan berharap satu hari nanti saya pun berpeluang pakai jugak.
Tapi saya selalu jumpa dan dengar cerita org yang selalu iri hati dan tak senang tgk org lain senang... Mulalaah resah tgk org lain beli itu ini... Cemburu tgk org lain lebih sikit... Mula nak mengata mengutuk. Pada hal bukan luak pun duit dia kalau kita mengata dia baik kita baiki diri. Saya pun syukur kerana punya sahabat yg berhati baik. Walau seteruk mana diperlakukan org dia selalu memaafkan. Saya pula berbeza, sekalipun saya memaafkan org namun saya tak mungkin dapat melupakan apa yg dah dilakukannya.
Hari ini, syukur... Setiap kesabaran dibalas dengan kebaikan. Jangan lah kita menyimpan perasaan iri hati dengki maupun berhati busuk terhadap org lain. Kerana ianya hanya menyusahkan hidup kita sendiri.

No comments: