Friday, October 22, 2010

Kerana Balqish

Setelah hidup selama 29 tahun, saya terbiasa dengan tanggungjawab hanya untuk diri sendiri dan kalau ada pun tidaklah serius mana. Namun setelah hadirnya insan bernama Balqish hidup saya berubah secara menyeluruh... Apa yang saya ingin kan, fikir kan mau pun rancang adalah untuk kebaikannya. Airmata ini bisa gugur hanya kerana Balqish dapat ruam... Apa tah lagi jika puteri comel saya ini muntah. Semuanya semata-mata kerana Balqish...

Shower gel apa yg terbaik, Shampoo? Lotion hingga ke minyak telon. Music apa buat Balqish terlena? Tersenyum? Lagu timangan apa yg Balqish suka?

Apa saya makan untuk susu yg baik? Adakah nanti boleh buat perut Balqish meragam? Botol apa yg sesuai? Teat apa yg terbaik... Sehingga hari ni saya belikan lebih 10 botol susu dan teat utk Balqish dan baru jumpa yg sesuai...

Adakalanya apa yg saya buat tu mengarut bagi emak saya tapi saya mau yg terbaik untuk Balqish kerana dia adalah bintang hati saya dan suami serta seluruh ahli keluarga kami...

Balqish Balqish Balqish... Mommy tak kisah... Berjaga menukar lampin dan menyusukan... Maupun untuk stretchmark yg pada mulanya amat menggusarkan... Semua itu adalah kenangan terbaik yang tak mungkin dapat dibeli dimana2 dengan berapa harga sekalipun.

Semuanya hanya kerana Balqish!

4 comments:

RozSyah said...

ada award utk mung ina..sila ambik yer kt blog aku

naf said...

mmg nampaknya itulah perasaan bila dah jadi mommy kan....

Ummi Iman said...

salam tumpang ziarah yer...
nice blog.. exchange link leh..
tQ.. btw, balqish so chomey.. ;)

RozSyah said...

ina..aku out of topik sikit..

nk ucap tahniah sbb pagi ni ben ashaari post entri psl redglow..hihi

dan aku tgk iklan nuffnang mung dh kuar kt atas header tu..congrats!