Tuesday, August 31, 2010

Ayam Lemak Cili Api dan Nenas

Bulan2 puasa ni selalunya saya ilang selera... Tapi kalau ada pedas n masam2... Jadi inilah dia resepi yg saya dan suami suka... Rekaan semata2.. Tapisgt senang dan cepat...

Bahan2 di tumbuk:
2 btg serai
10 biji cili merah
1 labu bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:
Ayam 8 ketul
Satu mangkuk santan
1 tin nenas
2 helai daun kunyit
satu sudu teh serbuk kunyit
sebiji bawang besar di hiris besar2
Secawan air

Cara:

1-Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yg ditumbuk dan tumis sehingga wangi dan betul2 masak
2-Masukkan ayam
3-Masukkan satu tin nenas,air... tunggu sehingga mendidih
4-Masukkan serbuk kunyit,daun kunyit
5-Masukkan santan dan masak sehingga sebati dannnnnnnnnnn makan!

2 comments:

Nana said...

OoOOO sedapnye!!! terliur betul!!!

Kancilbiru said...

woh sedapnya....terliur gak nih...!