Monday, August 23, 2010

Aktiviti Tahunan Ramadhan

Sungguh meriah Ramadhan di kampung saya Dungun, Terengganu... Seperti biasa setiap tahun keluarga saya akan kumpul apa yg nak dibahagi2 kan kepada org yg kurang bernasib baik di kawasan rumah/Dungun seperti pakaian dan makanan... Daripada beras, bihun, biskut dan juga serunding supaya yg kurang bernasib baik jua merasa kemeriahan Ramadhan dan Syawal nanti...

Antara serunding yang di pack 200gram setiap bungkus utk diberi bersama makanan asas harian kepada yg kurang bernasib baik seperti keluarga miskin, ibu tunggal dan sebagainya...

Apa yang seronok, aktiviti ini dibantu oleh semua jiran tetangga yg terdekat... Kami mula membungkus dari 9 pagi hingga ke 3 ptg dan sambung semula malam selepas terawih hingga pukul 1 pagi...
Aktiviti ni bukan sahaja membantu mereka yg susah malah mendekatkan lagi hubungan silaturrahim antara jiran tetangga... Seronok sgt dan mcm2 kami bualkan... Satu lagi aktiviti di kampung untuk dirindui dimasa mendatang...

1 comment:

Liyana said...

Alhamdulillah, suka tgk orang2 yg byk rezeki lebih pemberian-NYA, dikongsi dgn orang lain :)