Friday, February 12, 2010

Hidup Sebenarnya

Dalam kehidupan saya, memang saya mengharapkan semuanya lengkap dan selesa. Tapi bukan bermaksud semua yg diinginkan boleh di peroleh serentak. Mungkin berperingkat2. Hidup manusia punya cabaran dugaan dan kelebihan berbeza2. Kalau kita rasa kita susah masih ada org yang lebih susah. Jadi saya sgt bersyukur dengan apa yg saya ada.

Setiap pagi saya bermula dengan mcm2 yg saya fikirkan. Melihat suami berpakaian kemas dan bersih adalah keutamaan. Saya bukanlah seorg isteri yang sempurna tapi apa yg mampu akan sedaya upaya saya usahakan. Saya biasanya menyemak kerja2 di pejabat dan menandatangan dokumen. Saya akan di update oleh teman perniagaan saya tentang perkembangan perniagaan dan selalunya saya akan membuat keputusan apa tindakan seterusnya. Bagi saya walaupun kita punya ramai pembantu dan pengurus tapi kita mesti pantau apa yg berlaku. Saya juga ada menjalan kan perniagaan sampingan iaitu Akademi Kecantikan RedGlow. Saya sendiri membalas setiap emel yg dihantar ke RedGlow. Dan saya jugak mengajar untuk kursus mekap di akademi.

Biasanya menjelang tengah hari jika tiada meeting sebelah petang saya sudah lapang...Ngeeee! Boleh la gi mall buat lawatan tapak. Kalau tak sopping pun window sopping pun jadi la... Tapi saya masih dpt dihubungi untuk semua urusan bisnes.

Biasanya sblm pukul 6 saya akan pulang ke rumah dan akan makan malam dengan suami. Adakalanya kita org lepak dengan kwn2. Suami dan saya sgt suka berkawan. Jadi kita org tak kisah nk hang out bila2 masa pun.

Apa pun yg dilakukan dan siapa pun kita di waktu siang, waktu sebelum tidur adalah waktu yang paling best sbb disitulah kita boleh ukur dimanakah hidup dan kebahagiaan sebenar. Kerana biasanya saya akan bercakap dengan Yang Maha Esa dan bersyukur dengan jalan hidup yg dikurniakan. Kerana dpt tidur di tempat yg selesa dan aman.

Jadi itu lah dia hidup yang sebenar. Kita tidak perlu menunjuk2 yg kita ni happy or mayb mewah andainya hidup bukanlah seperti yg di gambarkan. Kerana milik Dia jua segalanya di alam ini.

4 comments:

Mrs Tamziz said...

hehe....betul tu Na...kita adalah kita, tak perlu menunjuk nunjuk kerna ada yang lebih mengenali diri kita iaitu Allah swt...insyaallah bile slalu minta dgn Allah swt, Dia akan tunaikan. Kena yakin dan percaya.

Puspita said...

Betul tu Na, Bersyukur lah dgn apa yg kita ada, Selain berusaha untuk meningkatkan kekurangan diri, disamping kita berdoa & bertawakal kepada tuhan.

Mummy_Sofea said...

so sweet kehidupan you..tp mmg u mewah n ada semuanya...gudluck arlina

Arlina Rosli said...

kak ida: yup k ida ...kerana at last kita sendiri tahu siapa kita dan dimana tahap kita... Jgn putus asa dan selalu berdoa insyaallah..tq!

k ita:yup yup... dlm dunia tiada yg sempurna. selain dari membaiki kelemahan mari kita belajar menerima kekurangn org sekeliling...lov u!

sofea: tq! kalau kita rasa kita ada kekurangan ramai lg org yg lebih kurang begitu jugak kalau kita rasa kita ada kelebihan, ramai lagi yg lebih...:-)