Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Hari ni merupakan hari terakhir tahun 2009. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Terasa seperti baru semalam saya tulis entri ini. Pastinya byk kisah pahit manis akan kekal tersimpan dalam lipatan ingatan kita semua. Saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini...Syukur jua dengan segala kenikmatan yang dikurniakan serta redha dengan segala dugaan yang diberi.
Dengan ini juga genaplah setahun blog kesayangan saya ni.. Walaupun saya bukanlah blogger yang aktif tapi dunia blog banyak memberi pulangan dan faedah pada saya dan perniagaan saya...Saya juga punya ramai kenalan baru dan sungguh menghargai setiap seorang dari mereka.

Buat suami tersayang Mohd Faizal Hamdan Mustafa, Terima kasih kerana sentiasa di sisi tak kira waktu susah atau senang. Saya mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang hubungan kita. Insyaallah kita selalu memperbaiki kelemahan untuk hubungan yang lebih baik. Saya sayangkan sayang. Sayang adalah suami yg melengkapkan kehidupan saya. Sayang boleh menyelesaikan apa jua masalah. Saya sentiasa boleh mengharapkan sayang tak kira apa pun... Saya tidak pernah menyangka semakin hari saya semakin sayang pada sayang dan setiap kali bangun dari tidur saya jatuh cinta pada sayang. Semoga hanya cangkul dan tanah sahaja yang memisahkan kita.

Buat Bonda Ayahanda dan tak lupa Bonda mertua saya... Terima kasih kerana selalu mendoakan yang terbaik untuk kami. Semoga masa2 mendatang menjanjikan kebahagiaan dan berkekalan dan kesihatan yang berpanjangan. Ayahanda, terima kasih kerana selalu menyokong apa jua yang along lakukan. Bonda pula selalu melihat along dari sudut yang terbaik. Bonda mertua yang sentiasa menerima kekurangan saya tanpa syarat. Saya bisa pertaruhkan nyawa saya untuk mereka bertiga kerana tanpa mereka siapalah kami...Buat arwah Ayahanda mertua saya yang tak pernah berkesempatan saya kenal, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yan beriman. Al Fatihah.

Buat adik2 yang disayangi dan dikasihi... Bangun lah dan berlarilah mengejar cita2 dan impian. Jangan lah selesa dengan kesenangan yang ada kerana semua ini hanyalah pinjaman sementara dan boleh hilang dengan sekelip mata. Bekalkan dada masing2 dengan iman dan ilmu yang berguna. Sentiasa mendengar pendapat dan nasihat dari org yang lebih berpengalaman. Berhati2 lah dengan siapa kita berkawan kerana berkawan dengan tukang besi sedikit sebanyak terkena juga karatnya...

Tak lupa buat ipar dan biras... Kalian sempurnakan hidup saya. Setiap seorg ada kelebihan masing2. Saya bangga punya pertalian dan menjadi sebahagian dari keluarga ini. Semoga kalian semua sentiasa dilindungi Allah... Tak lupa buat anak2 buah tempat saya dan suami menumpang kasih... Hakeem,Alif,Aishah,Nabihah,Zara,Umar,Imran,Hareez dan Umar Jr(apa nama baby baru ni...).

Buat teman susah senang Annur Najwa, syukur dikurniakan teman yang sentiasa disisi tak kira waktu ketwa maupun ketika lara. Dia adalah saya dalam jasad yang berbeza.

Tak lupa kepada keluarga perniagaan saya, semoga 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

4 comments:

metamorphosis said...

harap 2010 akan lebih bermakna buat kita semua, ina! Amin!

farish H said...

hepi new year akakk

*ayu the sun* said...

Happy 2010 to u ina..
may 2010 brings u, ur family & ur business the best!
amin..

VISIT ATS-SHOPPE ~ Click here for a lot of products out for grab!

Nem0 o0h Nem0 said...

selamat tahun br kak..
moga tahun 2010 kita sama2 akan berjy dlm bidang msg2.. =]