Tuesday, November 24, 2009

Kalau saya ni org kaya

Andainya saya ni waris harta berjuta2... Saya pasti tidak seperti hari ini. Mungkin saya take everything for granted. Apa pun saya bersyukur kerana dibesarkan sebaik2 nya oleh kedua mok ayoh yg saya sayangi. Saya lebih menghargai semua yg ada sekeliling saya. Saya syukur atas apa yg ada. Cuma hati ini terdetik bila melihat adik2 saya yg sgt mewah dan kurg berfikir seperti saya dulu. Apa yg dihajati diperolehi dgn mudah. Adakalanya bergenang airmata ini bila memikirkan masa depan mereka andai ibu bapa serta abg kakak tiada. Atau mungkin saya terlampau berfikir? Atau mungkin itu nature bila anda punya abang dan kakak? Atau bagaimana.



Hari ni tiba2 rasa sayu bila mengenangkan waktu saya di besarkan dengan susah payah oleh kedua ibu bapa. Bagaimana kita terpinggir bila kita ni org susah. Bagaimana perasaan di layan seperti tidak di undang bila bertandang ke rumah org. Bagaimana ayah saya diperlekeh hanya kerana berkereta buruk. Bagaimana ibu saudara berasa malu bila kita memanggil mereka mak ngah atau mak alang di sekolah. Adik bongsu saya pernah di cubit sehingga lebam gara2 memanggil ibu saudara dgn gelaran keluarga. Jangan panggil mcm tu! Panggil cikgu lah! Buat malu je. Malu? Malu punya anak buah miskin? Dunia ni mmg segala2nya material. Mmg sakit jika memandang ke belakang.



Saya dilahirkan dengan penuh kemewahan namun perniagaan ayah mengalami masalah bila rakan kongsi melarikan duit. Mungkin ayah terlalu muda dan naif waktu itu. ayah bekerja beberapa tahun hanya untuk membayar hutang berjuta sebelum kembali ke landasan asal. Jadi sepanjang sekolah rendah saya adalah anak org miskin. Yang sering diperlekehkan. Sering jadi bahan oleh jiran. Rumah besar tapi makan sardin. Mmg menyakitkan tapi kami adik beradik bahagia kerana punya satu sama lain.



Saya melakukan semua kerja rumah kerana emak bekerja. Dari mencuci kain ke basuh pinggan hingga ke mengemas rumah. Adik beradik ramai...Bayangkan lah berapa byk baju mesti di iron. Tapi hati puas... Saya sayang semua adik2 saya. Setiap seorg punya kelebihan.



Semua yg ayah saya lalui dijadikan contoh saya dalam perniagaan. Semoga semuanya baik2...Insyaallah...

7 comments:

FFN said...

yeah..stuju dgn kata-kata anda..money is a powerful tool!

ceritacherita said...

wah, respect to your dad, dah jatuh bangun kembali. Congrats. Mmg satu inspirasi yg sgt dibangga kan.

Mrs Tamziz said...

mmg as kakak,mmg kite kan pikir pasal adik2...protective...
and kite akan berusaha kuat utk mjdi org kaya yg baik hati...insyallah!

Nor said...

kita selalu memandang kesenangan org tp tidak pernah cuba menyelami masa kesusahan mereka atau bagaimana mereka yg berjaya melalui setiap dugaan.

Nor said...

Salam -

Babe - ur siblings sgt bertuah ber"kakak" kan you...still mampu berfikir tentang masa depan orang lain. Semoga biz you terus maju jaya,ameen.

Norr

Arlina Rosli said...

to cerita: bkn senang. tp kena kuat smangat.

to k ida: tu arr..no bossy2 okeh.

to FFN: sgt penting. believe it or not money can buy happiness..

to nor: kalau adore dgn seseorg... wait until u tau mslh dia...u pun xnk tau..

to Nor:tq babe.

firdausifieda said...

salam.. betul kak arlina.. bila kita susah org tak akan pandang kita, bila kita senang org mandang kita. saya duk dekat jer ngan umah kak arlina di dungun, sellau jugak lalu depan umah kak arlina.. kekadang happening jer,,kekadang sunyi..maybe tak der org kot..kucing ramai tak lagi kat umah? saya dengar umah kak arlina ramai kucing.. comel2 plak tu..kalau ada masa postla gambar2 kucing tu..