Monday, July 27, 2009

About a word "Keling"?

Saya tertarik baca entri ni dari blog kawan saya. Kebetulan saya memang tengah memikirkan hal yang sama. Saya mau memahami apa perasaan org bukan melayu yang tinggal di Malaysia. Kenapa semacam benci sangat dengan orang melayu? Semalam saya tgk bernama tv, seorang lelaki india telefon berkenaan topik satu malaysia dan marah2 para panel yang terdiri dari golongan pelajar dengan mengatakan "You are young boys u know nothing"...something like that la. Saya amat tidak bersetuju. Dan...saya amat ingin memahami perasaan org bukan melayu yang malaysian. Saya punya ramai kawan bukan melayu tapi mereka macam tidak benci pada orang melayu malah ada antara mereka amat saya sayang. So saya amat ingin memahami perasaan bukan melayu supaya saya boleh hidup dengan lebih patriotik.

enjoy entri yang saya copy ini:

Assalammualaikum

Wah rancak ber'entry' arini. Pdhal kj bertimbun ni. Ni satu lagi kisah dari petikan berita. Apa saja yg melibatkan sesuatu yg berkaitan dgn persekitaran nuar akan nuar humpukkan dalam entry nih. Ni ttg kisah bahasa plak.

Petikan berita

Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan demikian dalam kamar kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember 2006, Nik Isfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.

Menurut peguam DBP, Md. Radzi Mustafa, Hakim Bee Lan dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan mala fide (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md. Radzi berkata, ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM, Ramli @ Mohd. Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd., dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Petikan dari ensiklopedia wikipedia

Kerugian kepada bahasa Melayu sekiranya perkataan KELING dihapuskan

Kontroversi perkataan "Keling" merugikan Bahasa Melayu kerana perkataan lain yang semaksud adalah kurang tepat. Di utara Malaya, perkataan "Hindu" juga digunakan untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi ini adalah tidak tepat kerana tidak semua bangsa Keling adalah beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam dan Kristian.

Perkataan "orang India" juga digunakan di negeri pantai timur Malaya untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi perkataan ini juga kurang tepat. Ia agak mengelirukan apabila ingin membezakan antara bangsa Keling Malaysia dan yang dari India ("India mari"). Sesetengah golongan bangsa Keling juga tidak menyokong penggunaan ini kerana menimbulkan tanda tanya atas kesetiaan politik mereka kepada Malaysia apabila dikenali sebagai "orang India".

Perkataan "Tamil" juga dianjurkan supaya digunakan, tetapi ia juga kurang tepat. Tidak semua bangsa Keling adalah dari suku Tamil, kerana bangsa Keling juga merangkumi suku Telugu, Malayalam, Gujarat dan lain lain. Penggunaan ini juga ditentang oleh suku Telugu dan Malayalam yang menganggap penggunaan perkataan "Tamil" akan meminggirkan budaya mereka di mata masyarakat.

Ada pihak menyarankan supaya perkataan "Keling" ini dinobatkan semula supaya boleh digunakan secara umum di dalam bahasa Melayu. Kontroversi ini tidak begitu goyah di dalam masyarakat itu sendiri kerana jati diri mereka yang kuat. Mereka mengenali masyarakat sendiri sebagai kaum Aryan, yang bermaksud “kaum yang mulia”[3]. Sejarah bangsa Aryan yang bermula dari zaman kota Mohenjo Daro telah memberi nilai budaya yang kuat dan tidak menumpu hal remeh seperti kontroversi perkataan Keling itu.
The entry is copied form anuarkamaruddin blog.

4 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mesti ada cerita disebalik entry ni kan kak? :)

hanimichi said...

kengkadang diorang ni over-sensitive..hmm...ntah, susah nk ckp..huhu.

giffarinebeautymall said...

hello...singgah2 la...

Arlina Rosli said...

to nuar: of course... malas nk ckp kan...

to hani: mmg....dorg susah kita pun susah nk explain.